Sunday 10 November 2013

BERHABUK !

ASSALAMUALAIKUM !

Ya Allah.. Lama rasanya Qilaa tinggalkan blog ni.. FUHHH FUHH *tiup habuk* .. Kahkah.. Maaf laaa.. Qilaa busy sangat sangat masa sem 3 ni.. And now tengah cuti sem.. Cuti sem pon takde laaa rehat sgt... Busy tlong mak jaga bebudak.. Apa orang kata baby sitter kann.. Kahkah.. tapi baby sitter tak bergaji.. Sesaja tolong makkkk...

Okayy.. Nak cerita apa ye?? Banyak sebenarnya.. Tapi taktahu nak mula dari mana... *FIKIR FIKIR FIKIR* Haaaaaaa... Cerita pasal HOUSEMATE dulu... Last jumpa dyorg masa first and last paper final ritu.. And now rindu saat saat bersama dyorg.. Before cuti tu kitaorang pergi SAGIL... Spend time sesama.. Sebab nanti next sem ktorg dah praktikal di tempat yang berbeza.. Mesti rasa rindu sangat... Hmmm.. :(

Next, pasal ehem ehem ehem.. Kehkeh.. Siapa lagi.. Mustaqim laaaa.. Jumpe dia pon last masa first and last payyperr ritu..Jumpe sekejap jee.. Sangat sekejap.. Rindu kat diaaa.. Rinduuuuuuuu ! Fullstop... Bila dapat jumpe lagi aku ponn taktahu.. Harap harap 17 hb ni dapat laaa lepak sekejap..

Rasanya takde benda nak cerita lagii... Tu je kot buat masa niii.. Apa apa perkembangan ke korang nak tahu pasal Qilaa ke or what boleh follow kat twitter and instagram or add kat fb... Tu je mampu nak beri.. Wechat and whatsapp maaf laaaa.. Hanya org yg dikenali sahaja yang boleh.. Link twitter and instagram or fb boleh klik kat bawah niiii !


FACEBOOK : https://www.facebook.com/aqiloot
TWITTER : https://twitter.com/QilaMoy
INSTAGRAM : @qilamoy


OKAYYY ?? THANKS SUDI BACA BENDA MENGARUT NIII.. BYEEE.. :)





Saturday 3 August 2013

RAMADHAN :'(

Assalamualaikum... Haiii.. Hmmm.. Ramadhan??? Bakal meninggalkan kita... :'( Masjid sekarang dah makin berkurangan ahli jemaah nya... Malah shopping complex bertambah penghuninya... Mungkin mereka sedang sibuk menyediakan persiapan raya sehingga melupakan yang ramadhan belum lagi ke penghujungya..

Tak salah kalau kita nak ber shopping... Tapi apa salahnya kita kejar akhirat dulu... Haaa kalau tak pon... Shopping masa siang... :) Tapi dah shopping masa siang tu yang wajib jangan dilupakan.. Hikhik.. Ni cuma cadangan Qilaa je... So disebelah malam boleh pergi terawih... Baju dapat terawih pon dapat... Haaaa kan elok macam tu...

Awak awak yang comel dan handsome tu .. Jangan laa marah.. Qilaa sekadar memberi cadangan supaya semuanya seimbang... :) Cuba awak semua keluar dalam pukul 12 tgh hari..Lepas tu shopping shopping shopping.. Solat solat solat tup tup dah magrib.. Haaaa boleh laaa berbuka dan singgah di mana mana masjid atau surau untuk terawih sebentar.. :) Memang tak wajib tapi tu akhirat kan??? Haaa pikir pikir kan laaa sayang semua... :)

So ???? Renung renungkan selamat beramal...

Published !

Thursday 18 July 2013

VIDEO YANG MENYENTUH HATI ! :( IBU !

Assalamualaikum.. Haiii... Okay Qilaa nak kongsi something... So hobi Qilaa masa boring boring ni adalah layari video di YOUTUBE ! Cari cari cari dan cari taktahu sebenarnya cari apa then terjumpa satu video yang sangat sangat :'( ... Bila penghuung video ni .. Sedar tak sedar airmata mengalir mengenangkan semua kesalahan kita pada DIA... 






Ya Allah , Kau haramkan lah wajah kedua ibu bapa kami dari neraka jahanam MU itu..
Kau luruskan jalan mereka untuk ke syurgaMu..
Kau bengkang bengkok kan jalan ke neraka Mu..
Sesungguhnya aku amat menyayangi mereka... 
Amin..

Saturday 13 July 2013

GERAI BAZAR RAMADHAN MAK

Assalamualaikum.. Hai hai ! :) 


































Aduh gambar apa pulak Qilaa post ni kan?? Haaaa ni lah gambar mak Qilaa dengan kuih kuihnya.. Di BAZAR RAMADHAN TAMPIN SQUARE... Jom laa singgah.. Macam macam jenis kuih ada.... Harga?? Haaa jangan risau.. Still boleh di runding... Tapi tak jual online laaa.. Ni nak promote je.. Hiks.. :D Kalau lalu kat TAMPIN SQUARE jom laa singgah. :D Publish !

Wednesday 10 July 2013

FIRST RAMADHAN

Assalamualaikum...Haiii.. Hari ni hari apa???? Hihi .. Memang hari rabu... Tapi ??? Takkan taktahu kot??? 10 JULY 2013 semua umat Islam menyambut Ramadhan Al Mubarak laaa.. Haaaa dah tahu kan...

Okayyy.. Let's start ! Korang sahur apa pagi tadi ?? Qilaa sahur nasi berlauk sardin dan kacang panjang beserta air kosong... *TERIMA KASIH MIRAFUU DAN SAKINAH SEBAB MASAKKAN*  hihi... Qilaa masak nasi jeee.. :P Tapi lauk yang Qilaa makan cuma sardin.. Qilaa makan kacang panjang .. :( Alhamdulillah dengan rezeki Allah.. Kenyang smpai sekarang... Takde rasa lapar sangat cuma haus sikit... Yeahh ! Iman kena lah kuat.. Tahan semua nafsu kannn.. :)

So berbuka ni nak makan apa ye?? *masih berfikir* .. Any idea ?? Hikhik... So semoga hari ni Allah permudahkan segalanya dan kita semua mampu bertahan hingga waktu berbuka.. Maklumlah selama setahun ni makan je kannnn.. So nak start puasa macam susah sikit... Kena tahan lapar dan haus.. Tapi Qilaa tahu korang semua mampu ! Chaiyokkk ! :D

Okay laaa... Nak tengok running man ! Boiiii ! :D


Monday 8 July 2013

MOHON KEMAAFAN.. :)

Assalamualaikum.. And hai.... Ehem.. Ramadan datang lagi...Tadi ada pengumuman puasa eh kat tv?? Hmm Qilaa terlepas tengok.. Tsk tsk *lap air mata*.. hmmm.. tapi takpe laaa... pengumuman raya ada kannn... In shaa Allah kalau panjang umur dapat laa tgok.. Hihi..

Okay let's start.... :) Di kesempatan yang mulia ni.. Qilaa sebagai umat Islam dengan merendah diri MEMINTA MAAF kepada sesiapa sahaja yang pernah Qilaa terkasar bahasa sengaja atau tidak , terusik apa apa yang tidak boleh diusik , tersinggung kata , terlepas bicara , termarah sana sini , terbuat korang semua kecil hati atau apa sahaja seangkatan dengannya .. Maafkan Qilaa yang tak pernah terlepas membuat silap.. :'(

Kepada mak ayah dan keluarga . ILOVEYOU SO MUCH and MUCH ! Maaf dr ubun rambut sampai hujung kuku kaki.. :(

Kepada housemate Qilaa , maaf kalau sepanjang kita tinggal sebumbung Qilaa ade sakitkan hati korang , atau termarah korang.. Maafkan Qilaa.. Mungkin itu terlalu mengikut nafsu... :( 

Kepada Si Dia , "TERIMA KASIH ATAS SEGALANYA DAN MAAF" :/

Hope Ramadan yang mulia ni , kita semua memaafkan antara satu sama lain.. Bulan yang baik , amalan yang baik... 

SALAM RAMADAN dari SAHABAT , ANAK , HOUSEMATE , WANITA , MUSLIMAH , BAKAL JENAZAH - SITI NUR AQILAH BINTI ISMAIL

Friday 5 July 2013

RAMADHAN AL MUBARAK.. :)

Beberapa hari lagi kita akan bertemu bulan mulia iaitu bulan Ramadhan. Bulan yang mempunyai pelbagai keistimewaan dan kelebihannya yang tersendiri. Dalam bulan Ramadhan juga terdapaat satu malam yang lebih baik daripada seribu malam iaitu Malam Lailatul Qadar. Pada bulan Ramadhan ini umat Islam diwajibkan berpuasa dan disunatkan mengerjakan solat Terawih pada malamnya. Bulan Ramadhan juga merupakan bulan di mana Al-Quran diturunkan. 


Beberapa hadis yang menerangkan kebaikan, keistimewaan dan kelebihan bulan Ramdhan ini ialah:

Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Apabila datang bulan Ramadhan, terbukalah pintu-pintu syurga".

(Hadis Sahih - Riwayat Bukhari)


Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Apabila masuk bulan Ramadhan,  terbukalah pintu-pintu rahmat dan tertutuplah pintu-pintu neraka serta terbelenggulah syaitan-syaitan (daripada merasuk mangsanya)".

(Hadis Sahih - Riwayat Muslim)


Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya:

"Apabila bermula malam yang pertama dari bulan Ramadhan .. menyerulah malaikat, katanya: "Wahai orang-orang yang mahukan kebaikan!  Tampillah mengerjakannya dan wahai orang-orang yang hendak melakukan kejahatan!  Berhentilah dari meneruskannya; (ketahuilah), Allah Taala banyak membebaskan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka - daripada memasukinya". Seruan dan keampunan yang demikian, diberikan pada tiap-tiap malam (dalam bulan Ramadhan)." 

(Riwayat Tirmizi dan Nasa'i)


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

" Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan."

(Riwayat At-Tirmidzi)


Dari Salman r.a, katanya: Rasulullah s.a.w. telah berucap kepada kami (dalam salah satu khutbahnya) pada hari yang akhir dari bulan Syaaban sabdanya :

"Wahai umat manusia, kamu sedang dinaungi (bulan Ramadhan) yang besar kemuliaannya, lagi berkat.  Bulan yang mengandungi satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan (malam Lailatul Qadar).

"Bulan yang puasanya dijadikan Allah satu perintah yang diwajibkan dan (selain dari itu) disunatkan mengerjakan sembahyang tarawih pada malam harinya".

"Barangsiapa mendampingkan diri kepada Allah dalam bulan Ramadhan dengan sesuatu dari perkara-perkara kebajikan - samalah seperti ia mengerjakan satu perintah Allah yang diwajibkan pada bulan-bulan yang lain. Dan barangsiapa yang menunaikan satu perkara yang diwajibkan Allah pada bulan itu - samalah seperti ia menunaikan tujuh perkara yang diwajibkan Allah pada bulan-bulan yang lain".

"Bulan Ramadhan juga ialah bulan kesabaran, sedang kesabaran itu pahalanya ialah syurga;  ia juga bulan untuk masing-masing bersedekah dan memberikan bantuan dan ia juga bulan yang padanya ditambahkan rezeki orang-orang yang beriman".

"Barangsiapa menjamu seorang yang berpuasa untuk berbuka puasa,  maka perbuatannya yang baik itu menyebabkan ia diampunkan dosanya dan menjadi penebus dirinya dari neraka dan ia pula mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa yang dijamu itu dengan tidak mengurangkan pahala orang itu sedikit pun".

"Sababat-sababat Baginda berkata:  "Ya Rasulullah,  kami semua bukanlah orang-orang yang ada sesuatu untuk menjamu orang-orang yang berpuasa. " Lalu Rasulullah s.a.w. menerangkan:  "Allah Taala akan memberikan pahala yang tersebut kepada sesiapa yang menjamu orang yang berpuasa untuk berbuka puasa sama ada dengan sebiji buah tamar (kurma) atau segelas air sejuk atau dengan sedikit susu yang bercampur air. "Bulan Ramadhan juga ialah bulan yang awalnya dipenuhi dengan rahmat,  pertengahannya dipenuhi dengan keampunan dan akhirnya dipenuhi dengan pahala yang menjadi penebus dari neraka".

"Barangsiapa meringankan beban kerja khadamnya (orang gajinya) dalam bulan Ramadhan akan diampunkan Allah dosanya dan dibebaskan dari neraka".

"Banyakkanlah kamu mengerjakan empat perkara dalam bulan Ramadhan iaitu dua perkara dilakukan untuk mendapat keredhaan Tuhan kamu dan dua perkara lagi kamu sangat-sangat perlukan.

Ada pun dua perkara yang dilakukan untuk mendapat keredhaan Tuhan kamu itu ialah:

Pertama - mengucap: 


Kedua - banyakkan beristigfar dengan menyebut :

istigfar


Ada pun dua perkara lagi yang sangat-sangat kamu perlukan itu pula ialah: 

Pertama (banyakkanlah) memohon kepada Allah Taala supaya dimasukkan kamu ke dalam syurga,  serta berlindung kepadanya dari azab neraka - dengan menyebut:


doa

"Dan selain itu, (sabda Baginda lagi): Barangsiapa memberi minum seseorang yang berpuasa (semasa berbuka puasa), Allah Taala akan memberi minum kepadanya dari kolam-Ku (kolam al-Kauthar) dengan sekali minum sahaja (yang menjadikan dia) tidak akan merasa dahaga (selama-lamanya) sehingga ia masuk ke dalam syurga.

(Diriwayatkan oleh Ibn Khuzaimah dalam kitab sahihnya).

sumber hadis : Islamgrid.gov.my, 


Antara amalan-amalan yang boleh diamalkan pada bulan Ramadhan ialah:

1) Membaca dan bertadarus Al-Quran.

2) Menunaikan solat Tarawih.

3) Memberi sedekah.

4) Banyakkan berdoa dan memohon keampunan daripada Allah SWT.

5) Menjamu orang berpuasa berbuka puasa.


Banyakkanlah melakukan amalan yang baik kerana pada bulan Ramadhan ini amalan kita akan dilipat gandakan. Di samping itu, bulan Ramadhan ini juga dapat membantu sesiapa sahaja yang ingin mengurangkan berat badan dan mendapatkan kesihatan yang lebih baik. Semoga Ramadhan kita pada tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya.


ƧЄ˩ΔѦΔƬ βЄЯƤƲΔƧΔ

Assalamualaikum... Hai... Waaaaa.. Macam lama tak update blog ! Hihi.. Maaf laaa busy sikit.. Macam ni lah kehidupan student.. Selalu sangat busy... Sorry yaa ! 

Memandangkan kita akan menyambut bulan ramadhan tak lama lagi.. So dikesempatan ini Qilaa nak ucapakan ƧЄ˩ΔѦΔƬ βЄЯƤƲΔƧΔ kepada semua umat Islam yang berada dimuka bumi ni...


Puasa penuh penuh tau... Haaaa.. Bagi yang kaum adam tu.. Excuse untuk korang tinggal puasa... Bagi kaum hawa.. Kalau betul betul cuti tu.. Takpe... Jangan pura pura cuti.. Haaa yang itu Allah marah...


Solat terawih pula jangan lupa pergi.. Setiap malam ade ganjaran yang berlainan bagi solat terawih.. So rajin rajin kan lah diri tu pergi solat terawih.. :) Bukan selalu.. 30 hari je dalam setahun... Boleh kan???


So untuk yang terakhir nye ƧЄ˩ΔѦΔƬ ѦЄИƳΔѦβƲƬ βƲ˩ΔИ ЯΔѦΔƉĦΔИ Δ˩ ѦƲβΔЯΔƘ ! :D


Published !


Tuesday 25 June 2013

Cara Hilangkan Mengantuk ..

Assalamualaikum.. Hai... Okay entri ni Qilaa just copy paste je.. Nak kongsi information untuk korang hilangkan rasa mengantuk masa belajar atau kerja.. Qilaa dah praktik kan nya dan sangat menjadi.. Cubalah !  :) Publish ! 



  1. Hampiri kawasan bercahaya  
    Sekiranya terlalu mengantuk korang boleh la mencari tempat yang terang contohnya pergilah ambil cahaya matahari dekat tepi tingkap.  Dapatlah menyegarkan mata kita yang mengantuk tu.
  2. Basuh muka
    Selalunya ini lah perkara pertama yang terlintas bila korang mengantuk kan? Tapi orang pompuan mesti pikir 2-3 kali nak cuci muka. Biasa la kalau g ofis mesti make up kan, takkan la nak basuh make up camtu je tapi cara ini sangat berkesan.
  3. Wangian aromaterapi
  4. Minyak wangi atau wangian aromaterapi juga dapat menguragkan rasa mengantuk. Bau-bauan yang segar dipercayai dapat meransang deria bau sekaligus mengurangkan rasa mengantuk anda. Antara bauan yang sesuai adalah ‘mint’ dan lemon.
  5. Dengar muzik/radioMuzik juga boleh menghilangkan rasa mengantuk . Ada beberapa jenis bunyian ataupun muzik dikatakan meransangkan dan meningkatkan kewaspadaan serta ketajaman minda. Jangan lah pulak korang dengar muzik yang buatkan korang terlena pulak. So, tak salahlah kalau korang bekerja sambil dengar muzik/radio asalkan tak buat korang leka sampai tak buat kerja. Tapi ni tak sesuai buat korang yang masih belajar, takkan lah cikgu mengajar di depan korang nak dengar muzik pulak kan.
  6. Senaman ringanCara ni paling berkesan rasanya, senaman ringan maksudnya korang gerakkan anggota badan cam kaki dan tangan. Cara paling mudah turun naik tangga, sure hilangkan rasa mengantuk.

Keterampilan Muslimah Dalam Islam .. :)

Assalamualaikum.. Haiii.. Okay now Qilaa nak kongsi tips penampilan untuk wanita muslimah.. Actually Qilaa ponn tengah mencuba semua ni.. Perlahan lahan.. :) So untuk kongsi pengetahuan sahaja.. Lebih bagus kita amalkan... Selamat maju jaya.. :) PUBLISH !


12 TIPS BAGI KETERAMPILAN DIRI WANITA MUSLIMAH

1. Serlahkan cahaya keimanan di wajah
2. Pamerkan akhlak yang terpuji
3. Dapatkan ilmu pengetahuan untuk jadi wanita yang bijaksana
4. Berikan senyuman manis dan ikhlas buat suami dan anak-anak
5. Berhias dan berdandan hanya untuk suami
6. Meluangkan masa untuk merawat diri
7. Penuhi hati dengan sifat-sifat terpuji
8. Sentiasa mencintai majlis-majlis berilmu
9. Sentiasa bersedia meminta maaf dan memaafkan
10. Sentiasa bersabar dalam menempuh dugaan hidup
11. Sentiasa menderma ke jalan kebajikan
12. Bersifat penyayang kepada keluarga dan masyarakat
Cantik, jelita dan cerdiknya wanita Islam itu ketika di luar rumah apabila mereka berpakaian menutup aurat, menjaga batas pergaulan, berpengetahuan dan berakhlak mulia. Sesungguhnya perintah berpakaian menutup aurat dan menjaga akhlak adalah untuk menyedarkan wanita Islam bahawa mereka adalah wanita yang mempunyai iman dan membezakan mereka dengan wanita musyrik.

Monday 24 June 2013

MAK AYAH TERSAYANG !

Assalamualaikum.. And hai.. :) Okayyy... Now about my parents pulak... Tanpa mereka siapalah kita ni kann.. Oaky let's start...

Firtsly about my father... Nama dia Ismail bin Mohd Nor... Kerja sebagai seorang polis yang berpangkat Kopral.. :) Dia memang super hero Qilaa yang tiada tandingannya... Sometimes dia boleh jadi seorang yang garang , kelakar , dan juga ustaz... Mungkin juga dia seorang yang sangat pandai mengawal kewangan keluarga dan disebabkan itu apa yang keperluan tidak penting kami tidak dibenarkan membeli.. Tapi kalau bab peljaran... Hah .. Takpayah cakap.. Laju je dia settlekan.. Hihi.. I love my dad so much... Semoga Allah terus panjangkan umur dia dan sentiasa berikan kesihatan yang baik untuk dia...  Amin.. :)

Next , Khairiah Binti Mansor nama diberi.. Itu lah nama yang indah seperti rupanya juga... Itu lah mak Qilaa... :) Dia seorang suri rumah tapi dalam masa yang sama dia jadi "baby sitter" ... Kalau nak dekat dekat puasa ni.. Haaa mula lah dia busy buat kuih raya untuk dijual di bazar.. Tak boleh duduk diam.. Hihihi.. :) Mak biasalah kannn.. Seorang sahabat , seorang pendengar , bff , dan segalanya untuk Qilaa... Tak boleh hidup kalau mak tiada di sisi.. Kalau nak diceritakanpengorbanan seorang ibu.. Sampai bila bila takkan sudah... Hehe.. :) 

Ya Allah , semoga Kau panjangkan umur mereka berdua
Kau berikan lah kesihatan yang baik untuk mereka
Kau kurniakan lah rezeki yang murah
Kau haramkan lah neraka bagi mereka..
Amin Ya Rabbal Al Amin.. 



Sweet Couple ! Publish




Mengurus Masa Berlandaskan Islam ! Amalkan.. :)

Mengurus masa mengikut islam

PENGURUSAN masa amat penting dalam kehidupan seharian kerana ia aset sangat bernilai. Semua perkara bergantung kepada ketentuan masa sama ada ia memberi keuntungan atau kerugian. Pepatah ada mengatakan �masa itu emas.�

Kepentingan masa dijelaskan Allah s.w.t. di dalam al-Quran seperti firman-Nya: �Demi masa, sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan sabar (Surah al-Asr: Ayat 1-3).

Pepatah Arab ada menyebut: �Masa itu seperti pedang, jika kamu tidak memotongnya nescaya ia akan memotong kamu.�

Berdasarkan dalil tersebut maka Islam mengambil berat mengenai masa sehingga di hari akhirat nanti Allah akan mempersoalkan mengenai umur (masa) dan bagaimana ia diuruskan.

Mereka yang peka akan mengurus dan menggunakan masa dengan bijak. Masa tidak disia-siakan walaupun sesaat kerana mereka yang mengabaikan masa akan menghadapi pelbagai konflik dan penyakit.

Tanda penyakit yang melanda dalam pengurusan masa apabila pengurusan menghadapi pelbagai tekanan dan masalah dalam menyelesaikan kerjanya.

Akhirnya ia menghadapi kecelaruan dalam personaliti dan individu tertentu sehingga memberi kesan negatif terhadap produktiviti dan budaya kerja seseorang. Demi menjaga kepentingan masa, Islam menganggap ia sebahagian daripada hidup manusia.

Pengertian masa di segi bahasa ialah waktu, zaman, saat, ketika dan detik, sementara dari istilah pula masa bermakna waktu atau zaman yang dilalui makhluk dalam menjalankan kehidupan.

Apabila dikaitkan pula dengan pengurusan masa, ia memberi makna suatu ilmu yang berkaitan dengan teknik dan cara seseorang itu mengurus, membahagi dan mengatur masa sehariannya supaya dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.

Sesetengah individu melihat masa itu sama saja, cuma berbeda corak pengurusannya. Sebagai contoh, masa muda sama saja pada pandangan umum, tetapi ia berbeda sekiranya masa itu digunakan dengan perkara yang berfaedah.

Di sinilah dapat diukur supaya masa dapat diuruskan dengan baik dan sentiasa diawasi kerana dalam setiap masa itu ada kelebihannya yang tersendiri. Sebagai contoh, waktu sepertiga akhir malam pada setiap Ramadan dan Jumaat adalah waktu terbaik untuk berdoa dan beribadat kepada Allah, sebagaimana firman Allah:

�Dan bangunlah dari sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah sembahyang tahajjud padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu, semoga tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji. (surah Al-Isra' ayat 79)

Berdasarkan dalil itu, jelaslah masa sebanyak dua belas bulan itu ada bulan, hari dan ketika yang istimewa dan terdapat beberapa kelebihan yang tersendiri. Untuk mencapai dan mengecapi kelebihan dan keistimewaan itu bergantunglah kepada kebijaksanaan seseorang itu menguruskan masanya supaya dapat merebut peluang keemasan yang ada pada masa-masa tersebut. Janganlah hendaknya peluang ini dibiarkan berlalu begitu saja, kerana masa yang lepas tidak akan berulang lagi.

Islam menyarankan umatnya menguruskan masa dengan cara terbaik dan cermat supaya sesuatu pekerjaan itu dilakukan dengan lebih berkesan dan berkualiti. Berhubung dengan pengurusan masa, kita hendaklah sentiasa memikirkan adakah kita menggunakan masa yang diamanahkan kepada kita dengan sebaik-baiknya? Dan melakukan sesuatu kerja berdasarkan pembahagian masa yang tepat auat semata-mata berdasarkan kepentingan- kepentingan tertentu.

Kebanyakan orang bersungut kononnya tidak ada masa untuk melakukan sesuatu pekerjaan. Apakah itu benar? Jika benar, mengapa orang lain dapat menyiapkan kerja yang sama dalam masa yang ditentukan? Jawapan sebenarnya kerana masa tidak diuruskan dengan baik menyebabkan sesuatu kerja itu gagal dilaksanakan seperti dirancangkan.

Untuk menguruskan masa supaya tidak menimbulkan kerugian dalam hidup ini serta mendapat keberkatan Allah s.w.t. maka setiap individu hendaklah memperuntukkan masa seperti berikut:

- Masa beribadat. Bermaksud beramal kepada Allah (ibadat khusus) dengan mengerjakan sembahyang, puasa, zakat, menunaikan haji, berzikir dan lain-lain.

- Masa bekerja. Mengikut bidang pekerjaan masing-masing, asalkan ia tidak bercanggah dengan syariat Islam.

- Masa untuk menambahkan intelektual dan ilmu pengetahuan. Sama ada melalui pembelajaran formal atau tidak, pembacaan, pendengaran, perbincangan, menghadiri majlis ilmu yang boleh meningkatkan kemantapan dan keintelektualan.

- Masa bekeluarga. Setiap individu perlu kepada kebahagiaan keluarga untuk mencapai kebahagiaan, ia bergantung kepada kebijaksanaan menguruskan masa.

- Masa bermasyarakat dan bersosial. Setiap individu memerlukan hidup bermasyarakat dan perlu kepada bantuan orang lain. Oleh itu, kerja-kerja kemasyarakatan perlu diperuntukkan masa yang sesuai dan khusus supaya hubungan antara satu sama lain bertambah erat dan mesra. Sebagai contoh, mengadakan aktiviti gotong-royong, bersukan, berpesatuan, kerja-kerja amal dan sebagainya.

- Masa berehat. Setiap insan perlu kepada kerehatan setelah penat memerah keringat dan tenaga melakukan sesuatu pekerjaan. Oleh itu, ia memerlukan masa untuk mendapatkan kerehatan. Masa rehat penting kepada setiap orang untuk memulihkan tenaga dan fikiran untuk meneruskan kehidupan.

Bagi memastikan setiap ruang waktu digunakan untuk perkara berfaedah, maka setiap individu Muslim perlu menyusun jadual harian mengikut keutamaan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.

Di samping itu, kemampuan melaksanakan tugas yang dipertanggungjawab jua perlu diambil kira. Bermula daripada pagi hinggalah malam, segala kegiatan harian mestilah disusun mengikut jadual. Sebagai contoh, seseorang pekerja pejabat dikehendaki memulakan tugas bermula jam lapan pagi. Namun, dalam masa sama dia masih tidak terlepas dari tanggungjawabnya di rumah. Oleh kerana itu, ia dikehendaki bangun lebih awal bagi menyiapkan kerja-kerja rumah sebelum ke tempat kerja.

Ketika di tempat kerja tumpuan hendaklah diberikan sepenuhnya kepada tugas yang diamahkan kepadanya sehingga selesai waktu pejabat. Setelah itu, tumpuan hendaklah diberikan pula kepada aktiviti-aktiviti kemasyarakatan termasuk rekreasi dan bimbingan keluarga.



Pada waktu malam, tumpuan hendaklah diberikan membimbing keluarga serta melakukan amal ibadat secara berjemaah dan menghadiri majlis ilmu. Setelah selesai menjalankan tugas atau aktiviti tersebut sampailah masanya untuk berehat. 

Kesimpulannya, setiap Muslim perlu menyusun dan mengatur jadual harian kepada dua bidang tanggungjawab iaitu:

- Tanggungjawab umum: Melaksanakan tugas yang diamanahkan kepadanya.

- Tanggungjawab khusus: Melaksanakan tugas khusus terhadap dirinya sendiri.

Rasullullah s.a.w. membahagikan masa baginda kepada empat bahagian:

- Waktu untuk bermunajat kepada Allah s.w.t.

- Waktu untuk bermuhasabah (menghitung diri).

- Waktu untuk berfikir mengenai kekuasaan dan ciptaan Allah s.w.t.

- Waktu untuk memenuhi keperluan hidup

Segala bentuk pembaziran ditegah oleh Islam kerana ia amat merugikan. Islam memandang masa itu amat berharga. Pembaziran masa berlaku sekiranya ia tidak diuruskan dengan baik.

Firman Allah s.w.t: �Sesungguhnya orang yang membazir itu saudara syaitan, sedangkan syaitan itu makhluk yang sangat kufur kepada tuhannya. (Surah Al-Isra' : 27)

HOUSEMATE .. :)



Assalamualaikum... Haaa tadaaaa... Ni lahhh muka muka housemate Qilaa... Dari kiri Nurul Amirah binti Mohd Fuad , Siti Nur Aqilah binti Ismail(Me) , Ruhaida Binti Baharuddin . Fatin Shafiqa Binti Jemadi ..
Yang belakang dr kiri Nur Amirah Binti Mohd Tahir dan Sakinah Binti Abu Bakar...

Ni laaa roomate Qilaa since sem 2.. Sekarang Qilaa sem 3.. Tapi MiraTahir dah tak stay ngn kami sem 3 ni.. :'( ... Hmmm.. Takpe lah.. Moga dia pandai jaga diri di kamsis... :)

Kami ni semua satu jabatan , satu kos dan satu kelas... Hihihi.. Semoga kami semua berjaya mengatasi setiap rintangan dan dugaan bersama sama.. :) Semoga perkenalan kami hingga ke akhir hayat.. Qilaa sayang korang semuaaa.. :)




Monday 17 June 2013

IZZUE ISLAM

Waaaaa ! *Menangis* ... My boyfriend dah kahwin... Frust menonggeng tertonggeng terbalik dah ni.... Hahaha.. Siapa dia?? Tengok lah tajuk tu ! Hmm.. Dia lahh "boyfriend" Qilaa.. Nak taknak terima jugak laa dia dah berkahwin kan... Parah.. Hahaha.. Nak lagi sakit hati tak??? Ni Qilaa bagi korang gambar dia dengan isteri dia.. Lepas tengok jangan menangis tau ! Hihi... Selamat cemburukan diri.. :'(


BARU 2 HARI BUAT BLOG !

Assalamualaikum.. Haii... Ni first time Qilaa buat blog.. Tak tahu nak guna sangat.. Tapi takpe.. Qilaa cuba belajar melalui tutorial senior senior blog lain.. Hihi.. :) Actually dah lama sangat teringi nak buat blog.. Tapi baru sekarang ada masa.. Buat masa ni.. Blog ni biasa je.. Takde apa yang menarik.. Tapi In shaa Allah .. Sikit sikit demi sikit Qilaa akan ubah blog ni bagi lagi menarik.. Kalau Qilaa ada salah silap.. Harap minta tunjuk ajar..


Buah cempedak di luar pagar ,
Ambil galah tolong jolokkan ,
Sya budak baru belajar ,
Kalau salah tolong tunjukkan..


Cewah ... Berpantun pulak kan... Haha.. Okay next post nanti Qilaa perkenalkan diri Qilaa eh... Harap harap dapat mengenali blogger blogger dengan lebih rapat ! :) Publish !

Ayuh Saksikan..

PAVLOVA !

Mungkin ramai yang tidak tahu apa itu Pavlova. Pavlova merupakan sejenis pencuci mulut yang berasal dari New Zealand dan nama Pavlova itu digunakan sempena nama seorang balerina Anna Pavlova. Pavlova mula mendapat tempat di hati para penggemar pemanis mulut di Malaysia sekitar 2-3 tahun lepas dan mungkin ramai yang kurang arif cara membuatnya.
Kami nak kongsikan resipi membuat pavlova step -by -step ini.
Bahan-bahan
Meringue Pavlova ( yang berwarna putih tu )
  • 6 biji telur ( bahagian putih telur )
  • 1 cawan ( 200gram ) gula castor
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 2 sudu cuka putih
1 sudu tepung jagung / cornstarch
Bahan hiasan :
  • Krim putar
  • Buah-buahan
  • Coklat cair
Cara-cara membuat :
1. Panaskan oven sehingga 250 darjah celcius. Letakkan cookie sheet/ cooking sheet di atasnya.
2. Di dalam mixer, ( kelajuan sederhana ) , pukul putih telur sehingga berbusa/ berbuih putih. Kemudian tambahkan gula sedikit demi sedikit dan pukul/putar pada kelajuan tinggi sehingga bahan tadi sebati dan menjadi meringue. Pastikan meringue tadi padu dan berkilat.
Bagaimana nak tahu gula sudah sebati di dalam meringue tadi? Ambil sesudu meringue dan letakkan di jari anda kemudian rasa menggunakan hujung jari . Pastikan tiada gula yang belum cair atau hancur. Bagaimana nak tahu meringue itu padu? Ambil meringue menggunakan sudu atau spatula, kemudian terbalikkan. Jika meringue tadi tidak jatuh, maka ianya sudahpun padu. Pastikan semasa memukul bahan tadi, bahan tidak terkena air ok.
3. Kemudian, masukkan esen vanila, cuka dan juga tepung jagung di atas sebatian meringue tadi. Menggunakan senduk, gaul rata bahan tadi perlahan-lahan.
4. Menggunakan sudu/senduk, letakkan meringue di atas cooking/cookie sheet tadi dengan berhati-hati mengikut saiz yang anda suka. Pastikanbahagian tengah meringue agak leper,jadi mudah untuk anda meletak krim putar di atasnya nanti apabila nak menghias pavlova anda.
4. Bakar selama 60-75 minit sehingga bahagian luar kering dan agak rapuh dan warna bertukar menjadi putih krim pudar. Tutup ketuhar anda dan biarkan ia sejuk dengan suhu bilik. Bahagian luar meringue akan berasa lembut apabila disentuh atau jika ditekan perlahan-lahan,. Ia akan meretak sedikit kerana ia menyejuk pada suhu bilik tetapi jangan risau, tekstur dalam meringue itu sendiri akan menjadi lembut dan seperti marshmellow apabila dimakan.
5. Anda boleh hiaskan meringue anda dengan krim putar dan buah-buahan mengikut kesukaan anda. Anda juga boleh gunakan coklat cair untuk dimakan bersama meringue pavlova anda.

HERE ! I'M ALWAYS COUNT THIS !