Sunday 10 November 2013

BERHABUK !

ASSALAMUALAIKUM !

Ya Allah.. Lama rasanya Qilaa tinggalkan blog ni.. FUHHH FUHH *tiup habuk* .. Kahkah.. Maaf laaa.. Qilaa busy sangat sangat masa sem 3 ni.. And now tengah cuti sem.. Cuti sem pon takde laaa rehat sgt... Busy tlong mak jaga bebudak.. Apa orang kata baby sitter kann.. Kahkah.. tapi baby sitter tak bergaji.. Sesaja tolong makkkk...

Okayy.. Nak cerita apa ye?? Banyak sebenarnya.. Tapi taktahu nak mula dari mana... *FIKIR FIKIR FIKIR* Haaaaaaa... Cerita pasal HOUSEMATE dulu... Last jumpa dyorg masa first and last paper final ritu.. And now rindu saat saat bersama dyorg.. Before cuti tu kitaorang pergi SAGIL... Spend time sesama.. Sebab nanti next sem ktorg dah praktikal di tempat yang berbeza.. Mesti rasa rindu sangat... Hmmm.. :(

Next, pasal ehem ehem ehem.. Kehkeh.. Siapa lagi.. Mustaqim laaaa.. Jumpe dia pon last masa first and last payyperr ritu..Jumpe sekejap jee.. Sangat sekejap.. Rindu kat diaaa.. Rinduuuuuuuu ! Fullstop... Bila dapat jumpe lagi aku ponn taktahu.. Harap harap 17 hb ni dapat laaa lepak sekejap..

Rasanya takde benda nak cerita lagii... Tu je kot buat masa niii.. Apa apa perkembangan ke korang nak tahu pasal Qilaa ke or what boleh follow kat twitter and instagram or add kat fb... Tu je mampu nak beri.. Wechat and whatsapp maaf laaaa.. Hanya org yg dikenali sahaja yang boleh.. Link twitter and instagram or fb boleh klik kat bawah niiii !


FACEBOOK : https://www.facebook.com/aqiloot
TWITTER : https://twitter.com/QilaMoy
INSTAGRAM : @qilamoy


OKAYYY ?? THANKS SUDI BACA BENDA MENGARUT NIII.. BYEEE.. :)





Saturday 3 August 2013

RAMADHAN :'(

Assalamualaikum... Haiii.. Hmmm.. Ramadhan??? Bakal meninggalkan kita... :'( Masjid sekarang dah makin berkurangan ahli jemaah nya... Malah shopping complex bertambah penghuninya... Mungkin mereka sedang sibuk menyediakan persiapan raya sehingga melupakan yang ramadhan belum lagi ke penghujungya..

Tak salah kalau kita nak ber shopping... Tapi apa salahnya kita kejar akhirat dulu... Haaa kalau tak pon... Shopping masa siang... :) Tapi dah shopping masa siang tu yang wajib jangan dilupakan.. Hikhik.. Ni cuma cadangan Qilaa je... So disebelah malam boleh pergi terawih... Baju dapat terawih pon dapat... Haaaa kan elok macam tu...

Awak awak yang comel dan handsome tu .. Jangan laa marah.. Qilaa sekadar memberi cadangan supaya semuanya seimbang... :) Cuba awak semua keluar dalam pukul 12 tgh hari..Lepas tu shopping shopping shopping.. Solat solat solat tup tup dah magrib.. Haaaa boleh laaa berbuka dan singgah di mana mana masjid atau surau untuk terawih sebentar.. :) Memang tak wajib tapi tu akhirat kan??? Haaa pikir pikir kan laaa sayang semua... :)

So ???? Renung renungkan selamat beramal...

Published !

Thursday 18 July 2013

VIDEO YANG MENYENTUH HATI ! :( IBU !

Assalamualaikum.. Haiii... Okay Qilaa nak kongsi something... So hobi Qilaa masa boring boring ni adalah layari video di YOUTUBE ! Cari cari cari dan cari taktahu sebenarnya cari apa then terjumpa satu video yang sangat sangat :'( ... Bila penghuung video ni .. Sedar tak sedar airmata mengalir mengenangkan semua kesalahan kita pada DIA... 






Ya Allah , Kau haramkan lah wajah kedua ibu bapa kami dari neraka jahanam MU itu..
Kau luruskan jalan mereka untuk ke syurgaMu..
Kau bengkang bengkok kan jalan ke neraka Mu..
Sesungguhnya aku amat menyayangi mereka... 
Amin..

Saturday 13 July 2013

GERAI BAZAR RAMADHAN MAK

Assalamualaikum.. Hai hai ! :) 


































Aduh gambar apa pulak Qilaa post ni kan?? Haaaa ni lah gambar mak Qilaa dengan kuih kuihnya.. Di BAZAR RAMADHAN TAMPIN SQUARE... Jom laa singgah.. Macam macam jenis kuih ada.... Harga?? Haaa jangan risau.. Still boleh di runding... Tapi tak jual online laaa.. Ni nak promote je.. Hiks.. :D Kalau lalu kat TAMPIN SQUARE jom laa singgah. :D Publish !

Wednesday 10 July 2013

FIRST RAMADHAN

Assalamualaikum...Haiii.. Hari ni hari apa???? Hihi .. Memang hari rabu... Tapi ??? Takkan taktahu kot??? 10 JULY 2013 semua umat Islam menyambut Ramadhan Al Mubarak laaa.. Haaaa dah tahu kan...

Okayyy.. Let's start ! Korang sahur apa pagi tadi ?? Qilaa sahur nasi berlauk sardin dan kacang panjang beserta air kosong... *TERIMA KASIH MIRAFUU DAN SAKINAH SEBAB MASAKKAN*  hihi... Qilaa masak nasi jeee.. :P Tapi lauk yang Qilaa makan cuma sardin.. Qilaa makan kacang panjang .. :( Alhamdulillah dengan rezeki Allah.. Kenyang smpai sekarang... Takde rasa lapar sangat cuma haus sikit... Yeahh ! Iman kena lah kuat.. Tahan semua nafsu kannn.. :)

So berbuka ni nak makan apa ye?? *masih berfikir* .. Any idea ?? Hikhik... So semoga hari ni Allah permudahkan segalanya dan kita semua mampu bertahan hingga waktu berbuka.. Maklumlah selama setahun ni makan je kannnn.. So nak start puasa macam susah sikit... Kena tahan lapar dan haus.. Tapi Qilaa tahu korang semua mampu ! Chaiyokkk ! :D

Okay laaa... Nak tengok running man ! Boiiii ! :D


Monday 8 July 2013

MOHON KEMAAFAN.. :)

Assalamualaikum.. And hai.... Ehem.. Ramadan datang lagi...Tadi ada pengumuman puasa eh kat tv?? Hmm Qilaa terlepas tengok.. Tsk tsk *lap air mata*.. hmmm.. tapi takpe laaa... pengumuman raya ada kannn... In shaa Allah kalau panjang umur dapat laa tgok.. Hihi..

Okay let's start.... :) Di kesempatan yang mulia ni.. Qilaa sebagai umat Islam dengan merendah diri MEMINTA MAAF kepada sesiapa sahaja yang pernah Qilaa terkasar bahasa sengaja atau tidak , terusik apa apa yang tidak boleh diusik , tersinggung kata , terlepas bicara , termarah sana sini , terbuat korang semua kecil hati atau apa sahaja seangkatan dengannya .. Maafkan Qilaa yang tak pernah terlepas membuat silap.. :'(

Kepada mak ayah dan keluarga . ILOVEYOU SO MUCH and MUCH ! Maaf dr ubun rambut sampai hujung kuku kaki.. :(

Kepada housemate Qilaa , maaf kalau sepanjang kita tinggal sebumbung Qilaa ade sakitkan hati korang , atau termarah korang.. Maafkan Qilaa.. Mungkin itu terlalu mengikut nafsu... :( 

Kepada Si Dia , "TERIMA KASIH ATAS SEGALANYA DAN MAAF" :/

Hope Ramadan yang mulia ni , kita semua memaafkan antara satu sama lain.. Bulan yang baik , amalan yang baik... 

SALAM RAMADAN dari SAHABAT , ANAK , HOUSEMATE , WANITA , MUSLIMAH , BAKAL JENAZAH - SITI NUR AQILAH BINTI ISMAIL

Friday 5 July 2013

RAMADHAN AL MUBARAK.. :)

Beberapa hari lagi kita akan bertemu bulan mulia iaitu bulan Ramadhan. Bulan yang mempunyai pelbagai keistimewaan dan kelebihannya yang tersendiri. Dalam bulan Ramadhan juga terdapaat satu malam yang lebih baik daripada seribu malam iaitu Malam Lailatul Qadar. Pada bulan Ramadhan ini umat Islam diwajibkan berpuasa dan disunatkan mengerjakan solat Terawih pada malamnya. Bulan Ramadhan juga merupakan bulan di mana Al-Quran diturunkan. 


Beberapa hadis yang menerangkan kebaikan, keistimewaan dan kelebihan bulan Ramdhan ini ialah:

Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Apabila datang bulan Ramadhan, terbukalah pintu-pintu syurga".

(Hadis Sahih - Riwayat Bukhari)


Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Apabila masuk bulan Ramadhan,  terbukalah pintu-pintu rahmat dan tertutuplah pintu-pintu neraka serta terbelenggulah syaitan-syaitan (daripada merasuk mangsanya)".

(Hadis Sahih - Riwayat Muslim)


Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya:

"Apabila bermula malam yang pertama dari bulan Ramadhan .. menyerulah malaikat, katanya: "Wahai orang-orang yang mahukan kebaikan!  Tampillah mengerjakannya dan wahai orang-orang yang hendak melakukan kejahatan!  Berhentilah dari meneruskannya; (ketahuilah), Allah Taala banyak membebaskan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka - daripada memasukinya". Seruan dan keampunan yang demikian, diberikan pada tiap-tiap malam (dalam bulan Ramadhan)." 

(Riwayat Tirmizi dan Nasa'i)


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

" Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan."

(Riwayat At-Tirmidzi)


Dari Salman r.a, katanya: Rasulullah s.a.w. telah berucap kepada kami (dalam salah satu khutbahnya) pada hari yang akhir dari bulan Syaaban sabdanya :

"Wahai umat manusia, kamu sedang dinaungi (bulan Ramadhan) yang besar kemuliaannya, lagi berkat.  Bulan yang mengandungi satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan (malam Lailatul Qadar).

"Bulan yang puasanya dijadikan Allah satu perintah yang diwajibkan dan (selain dari itu) disunatkan mengerjakan sembahyang tarawih pada malam harinya".

"Barangsiapa mendampingkan diri kepada Allah dalam bulan Ramadhan dengan sesuatu dari perkara-perkara kebajikan - samalah seperti ia mengerjakan satu perintah Allah yang diwajibkan pada bulan-bulan yang lain. Dan barangsiapa yang menunaikan satu perkara yang diwajibkan Allah pada bulan itu - samalah seperti ia menunaikan tujuh perkara yang diwajibkan Allah pada bulan-bulan yang lain".

"Bulan Ramadhan juga ialah bulan kesabaran, sedang kesabaran itu pahalanya ialah syurga;  ia juga bulan untuk masing-masing bersedekah dan memberikan bantuan dan ia juga bulan yang padanya ditambahkan rezeki orang-orang yang beriman".

"Barangsiapa menjamu seorang yang berpuasa untuk berbuka puasa,  maka perbuatannya yang baik itu menyebabkan ia diampunkan dosanya dan menjadi penebus dirinya dari neraka dan ia pula mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa yang dijamu itu dengan tidak mengurangkan pahala orang itu sedikit pun".

"Sababat-sababat Baginda berkata:  "Ya Rasulullah,  kami semua bukanlah orang-orang yang ada sesuatu untuk menjamu orang-orang yang berpuasa. " Lalu Rasulullah s.a.w. menerangkan:  "Allah Taala akan memberikan pahala yang tersebut kepada sesiapa yang menjamu orang yang berpuasa untuk berbuka puasa sama ada dengan sebiji buah tamar (kurma) atau segelas air sejuk atau dengan sedikit susu yang bercampur air. "Bulan Ramadhan juga ialah bulan yang awalnya dipenuhi dengan rahmat,  pertengahannya dipenuhi dengan keampunan dan akhirnya dipenuhi dengan pahala yang menjadi penebus dari neraka".

"Barangsiapa meringankan beban kerja khadamnya (orang gajinya) dalam bulan Ramadhan akan diampunkan Allah dosanya dan dibebaskan dari neraka".

"Banyakkanlah kamu mengerjakan empat perkara dalam bulan Ramadhan iaitu dua perkara dilakukan untuk mendapat keredhaan Tuhan kamu dan dua perkara lagi kamu sangat-sangat perlukan.

Ada pun dua perkara yang dilakukan untuk mendapat keredhaan Tuhan kamu itu ialah:

Pertama - mengucap: 


Kedua - banyakkan beristigfar dengan menyebut :

istigfar


Ada pun dua perkara lagi yang sangat-sangat kamu perlukan itu pula ialah: 

Pertama (banyakkanlah) memohon kepada Allah Taala supaya dimasukkan kamu ke dalam syurga,  serta berlindung kepadanya dari azab neraka - dengan menyebut:


doa

"Dan selain itu, (sabda Baginda lagi): Barangsiapa memberi minum seseorang yang berpuasa (semasa berbuka puasa), Allah Taala akan memberi minum kepadanya dari kolam-Ku (kolam al-Kauthar) dengan sekali minum sahaja (yang menjadikan dia) tidak akan merasa dahaga (selama-lamanya) sehingga ia masuk ke dalam syurga.

(Diriwayatkan oleh Ibn Khuzaimah dalam kitab sahihnya).

sumber hadis : Islamgrid.gov.my, 


Antara amalan-amalan yang boleh diamalkan pada bulan Ramadhan ialah:

1) Membaca dan bertadarus Al-Quran.

2) Menunaikan solat Tarawih.

3) Memberi sedekah.

4) Banyakkan berdoa dan memohon keampunan daripada Allah SWT.

5) Menjamu orang berpuasa berbuka puasa.


Banyakkanlah melakukan amalan yang baik kerana pada bulan Ramadhan ini amalan kita akan dilipat gandakan. Di samping itu, bulan Ramadhan ini juga dapat membantu sesiapa sahaja yang ingin mengurangkan berat badan dan mendapatkan kesihatan yang lebih baik. Semoga Ramadhan kita pada tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya.


HERE ! I'M ALWAYS COUNT THIS !